CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 11, 2009

hari ini dalam sejarah...

bismillahhirahmannirahhim...

untuk yang pertama kalinya...
suhaila nak membuka tirai peribadi.
mungkain ramai yang masih tak mengenali,
siapa empunya diri...

mungkin kalian lebeh tau,
suhaila gf kepada seseorang.
ya, mungkin...

sebab kalian lebeh kenal dia dulu,
dari suhaila.

tapi suhaila tak kesah...
tak meletakkan diri terlalu tinggi dalam dunia yang kita ciptakan ini...

nak mula dari mana yerk?


nama yang betol kat i/c, Suhaila binti Ramli. masa umo 9taun suhaila penah tanya mak...

"mak naper namer ella pendek jerk? naper tak tambah panjang skit?
tambahlah 'tengku' ker, 'noor' ker, tak kesahlah paper asal ader 3perkataan...
best dengar namer kawan panjang panjang...
dan, nama 'SUHAILA' tue macam tak cantek jerk.
letaklah 'sofea' ker, 'balqis' ker..."

mak jawab...
"tak payah panjang panjang sebab panggil pom pendek jerk..."

abah pulak jawab...
"nanti time exam, orang len da stat jawab soklan no.2 tapi kiter still duk eja nama..."

hahaha...
(penah nekad nak tukar nama masa nak wat i/c, tapi takut)

panjangnyer untuk nama jerk...

lahir pada 11hb September taun 1988, ari luper pada jam 7.28 pagi...
cian mak ner bangun awal nak kuarkan suhaila kan, kan, kan???

suhail anak 1st dari 4orang adeq beradeq. 2 sweet gurls and 2 macho boy.

astu penah skul Tadika Kemas Pak Sabah
(masa tue, pakai baju kotak kotak kecik warna merah).

benci ngan anak cikgu tue, sebabnyer aper yang suhaila men dia nak men.
padahal dia tak amik awal awal!!!
(naseb masa tue bukan kaki pukul. lau tak, da bagi flying kicks laju laju kat kepala)
laz, "ameklah ko nak men sangat!!!"
hahaha...

skul rendah kat Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun.
darjah 1Dahlia, 2Anggerik, 3Kenanga, 4Mawar, 5Orkid dan 6Kenanga.
(kelas nek turun nek turun).
sangat aktif tau... 12taun tue men kejar kejar daq laki lagi (gataiii...).
suhaila penah wakil sukan hoki dan bola baling time tue.
after skul tak terus baleq umah, tapi melepaq kat umah kawan.
cakap kat mak ader kelas tambahan. haish, kecik kecik da pandai...
insaf da...
dan, suhaila penah ponteng sekolah.
terserempak ngan kawan then keesokkannya dia bagitau cikgu displin.
hampir hampir nak ner lucut jawatan pengawas.
naseb bek keputusan UPSR boleh dibanggakan dan dapat tutup kesalahan...

(dannn... jangan tak tau suhaila penah men bola beracun ngan azizul hasni awang masa darjah 6 tau.
saper tue? ala, pecut berbasikal negara sekarang nie tue...)


bila nak melangkau ke alam menengah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun...
bermulalah pelbagai anasir anasir yang tak sehat.
asal tak suka cikgu tue, suhaila tak masuk kelas.

penah ner hempuk ngan buku kedatangan cikgu displin yang tebal tue kat belakang dan hampir hampir nak tersungkur...
tobat suhaila dendam ngan cikgu sengal tue sampai sekarang
dia tak tau budaq nie da masuk U, lau dia tau mau sujud bawah tapak kaki...
haishhh...

dari 1st kelas, turun ke 2nd kelas...
masa kat 1st kelas, suhaila dapat no. 33/33.
caya tak?
tak penah dalam idop jadi yang terakhir.
tapi bila kat 2nd kelas, jadi TOP10.
heran suma cikgu...
ponteng ponteng pom, kerja skul yang terbaek tau!!!

masa nielah kenangan paling indah.

1st time ramai peminat...
1st time ader capel...
berebut rebut nak jadikan kakak angkat dan adeq angkat.
jadi adeq angkat cancel, sebab kawan tak bagi (maybe jeles, hehehe)
jadi kakak angkat kepada 7orang budaq pompuan serentak.
pening nak melayan...
ari ari ader surat.


abes PMR suhaila dapat kelas Sains.
tapi tak sonok duk kat kelas tue.
suma pandang serong.

yela daq paling nakal duk dalam kelas diorang.
cikgu displin yang pukul suhaila tue pom tak percaya tau.

masa tue ader satu sekolah baru siap dibina tak jauh dari sekolah suhaila tue.
then saper saper yang bermasalah dan akademik rendah skit akan ditukarkan kat sekolah tue. geng suhaila ader 7orang,
tapi suhaila jerk kekal kat skul lama.

masa nie lah daq MARZUKI BIN JALIL nie pindah skul suhaila,
sedangkan suhaila ngah dalam poses nak bertukar skul.

so, kami tak sempat kenal...

form4, suhaila pi Sekolah Menengah Teknik (ERT), Setapak, Kuala Lumpur.
ngan azam yang berkobar kobar,
(konon tak nak wat jahat lagi)
azam punya pasal sanggup pilih skul pompuan jerk...
azam tue terlaksana...

suhaila amik jurusan Pengurusan Makanan.
tapi minat mendalam dalam bidang fesyen.
dek kerana suma abah yang uruskan, suhaila terpaksa akur...

ingatkan dapat jadi Pakar Pemakanan, tapi takleh nak fokus mana.
bidang seni lagi kuat menguasai jiwa.

suhaila pom amik tambahan subjek seni visual untuk SPM.

berat sangat beban nak dipikul ngan subjek biologi, fizik, kimia, bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik moden, matematik tambahan, pendidikan islam, sejarah, pengurusan makanan, dan seni visual.

amik result, abah terkejut ader 12subjek sumanya...
sebab abah tak tau suhaila tambah subjek seni.

alhamdulillah, dapat sambung peringkat Universiti.
mintak fesyen, tapi dapat seni halus, then suhaila tukar amik seni reka logam halus.
kat UiTM Kelantan takder course fesyen.
suhaila taknak pindah U yang jauh.
suhaila akur lagi...

masa permohonan nielah suhaila kenal ngan Jukiey.

jukiey : "askum... boleh kenal"
suhaila balas mesej tue.
suhaila : "wasalam, saper nie?".
jukiey : "sy zuki, kwn ain."

1st time suhaila layan lelaki yang tak kenal paras rupa, dan tak tau paper pasal dia.
sebenarnya terpikat sebab dia tak men men...
ader tue suka men teka teki.

contoh, "ala, takkan awak da lupa?" tak pom, "awak tak kenal saya, tapi saya kenal awak."
haaa... yang nie pantang tok nenek, gerenti tak layan!

lau tak silap hampir 1bulan mesej tapi tak penah jumpa.
siap "abg - ayg" lagi time tue.
pheeewittt!!!

suhaila memang susah dapat kuar umah.
cian jukiey.
dia pom terdesak nak kenal suhaila.

yang ader kat fikiran masing-masing adalah redha lau di takdirkan pasangan nie adalah yang paling pendek, paling itam, paling gemuk, paling hodoh.
sebab da fall in love tahap dewa dalam handphone.

(jukiey nie bf ke-6 suhaila, yuhuuu... citer pasal ex, next time tau)

jumpalah dua insan yang bercinta nie.
bertempat kat depan 7eleven sebelah pizza hut.
sampai kat situ, jukiey yang tegur dulu.
maybe dia dapat agak muka cuak nie.

jukiey : "ella?"
suhaila : "zuki?"
masing masing HAHAHAHAHA...

ilang panggil "abg-ayg"
malu pulak asenyer...
dan 1st dating, jukiet belanja air kotak soya.
dia pom time tue kesuntukkan masa sebab ada kelas...

bila da jumpa baru masing masing dapat hela nafas panjang, sebab sangkaan meleset.
suhaila pom terkejut tau.
bukan aper, "mak aiii, nie ker bf aku? tingginya..."

berat suhaila masa 1st dating = 58kg.
nak sesuaikan keadaan, suhaila berjaya kurangkan berat badan.
sekarang = 43kg.
nak tambah lagi tapi taknak lebeh 45kg...

lepas lepas tue baru tanya secara details hal peribadi.
ada sikit nie,

suhaila : "tarikh lahir abg bila?"
jukiey : "ayg?"
suhaila : "11 september"
jukiey : "eh, betol ker?"
suhaila : "betollah, takkan nak tipu..."
jukiey : " abg pn 11 sepember."
suhaila : "tipu"
jukiey : "nti kiter tgk i/c msg msg k"

lau kamu pengikut tegar juki, mungkin kamu da tau citer nie dari juki...

dan kami tak tau bila tarikh sebenar kami declare...
jukiey penah tetapkan tarikh 15 Mac, ader jugak 14 April...
dan bila suhaila nak wat pengesahan betol betol,
jukiey jawab "kan ari ari kiter bercinta?"
so, nie bermakna tiap tiap ari kami boleh sambut anniversary nie...


so sweet!!!

tapi tak dapat nak pertikaikan selama perhubungan nie ader banyak masalah...
suhaila kagum ngan jukiey sanggup bersabar ngan karenah suhaila yang banyak songeh, selalu menyakitkan ati, mengecewakan dan selalu melukakan perasaan dia.
dannn...
sekali seumur suhaila bercapel, seorang bf menanges kerana suhaila.
suhaila takkan lupakan saat tue sampai ke hujung nyawa...
suhaila da tak sanggup nak menyakiti ati dan perasaan dia lagi.


suhaila sangat sayangkan marzuki...

pa... maafkan ma.

*lau dulu, bila suhaila tanya jukiey tapi jukiey tanya suhaila baleq, boleh lagi jawab...
tapi sekarang "ma kan tanya dulu, pa jawablah!"

hahaha...

*dulu, "abg-ayg", sekarang "pa-ma"

*sekarang mak dan abah da cerai

sekian

8 ciuman:

Kiubrubik said...

terkesima pa dibuatnya. patut la xbalas mesej, rupanya tulis blog panjang2.

ps : syg ma.

Orbit said...

MJ @ pa,

panjang kan?
tue pom banyak lagi tak isi.

macam macam ma nak tulis sebenarnyer...

len kalilah pulak.
huhuhu...

*sayang pa jugak tau.

Khairul Anam said...

pheewiitt~ bercinta sakan korang ek.. hehe.. semoga berbahagia selamanya, pa dan ma.. hikhik~

Orbit said...

SeniSelerak,

huhuhu...
tak sakan jugak.
tapi boleh tahan.

tak tengok lagi time gadoh,
hehehe...

bagai nak rak,
tak sampai 36 jam,
rindu baleq.

adat lah tue namanya.

aperpom,
me kaseh...
kamu pom bahagia jugak tau.

lizz said...

how come i bley bace sampai abis ur story ni?hehehe. disengajekan :P
neway, happy new year. selamat berbahagia dengan sapa2 pun yg ade by ur side now. have fun!

Kiubrubik said...

hihi

farida tarmize said...

su skolah teknik ert setapak gak ke?ek eleyh..junior la cmtu kan?ceyhh..tak sangke satu skula..

ku dulu 1st batch peng makanan.tahun 2003.heheh

Enchek Sepang said...

siot.. ingatkn cite psl sempoi2 je. lgsg scroll dan scroll dan.. scroll. dan2 abeh. cet, tetibe bwh de cite psl kapel. haha lawak ok. btw nice, rajin kn menulis